logoen

ARMY IS ONE, BECAUSE OF UNITY

23 January 2018
Last Update: 22 January 2018.
A- A A+

   merah biru ungu   benderaMY64 lainbahasa2

09111701PULAU PINANG: Seramai sembilan pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) (Tetap) serta dibantu oleh 13 pegawai dan 53 LLP (Sukarela) dari Rejimen 509 Askar Wataniah (Rej 509 AW) telah diaturgerak bagi membantu mangsa-mangsa pasca banjir di sekitar Georgetown, Pulau Pinang bermula 5 Nov 2017.

Penugasan pasca banjir ini diketuai oleh Timbalan Komander Rej 509 AW, Lt Kol Shamsolnizam Karman. Beliau telah mengaturgerakan anggota ke tiga tempat yang terjejas dengan membahagikan kepada tiga Tim mengikut kawasan iaitu Kg Melayu Jalan Zoo Air Hitam, Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd Rahman Putra dan Flat Penang Free.

Antara aktiviti bantuan pasca banjir adalah Tim 1 menyambung kerja-kerja mengangkut dan membuang sampah yang telah dikumpulkan di Flat Penang Free School. Bagi Tim 2 membantu membersihkan kawasan Sekolah Menengah Teknik Tengku Abd Rahman Putra Batu Lancang. Manakala Tim 3 akan membantu membersihkan kawasan Masjid Kg Melayu Air Hitam dan kawasan Kg Melayu Air Hitam.

Kenderaan yang digunakan adalah 7 x 3 ton dan 2 x 5 ton untuk pengangkutan petugas pasca banjir dan membuang sampah ke tempat pembuangan. Manakala 1 x Landrover dan 1 x 3 ton turut digunakan bagi mengangkut barangan logistik seperti makanan dan minuman untuk petugas pasca banjir.

Bantuan anggota TD semasa bencana banjir dilihat telah meringankan beban mangsa yang terkesan selain menunjukkan semangat ‘rakyat dan tentera berpisah tiada’ tidak pernah luntur.