spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Karnival Maulidur Rasul Peringkat MinDef
31
Dec
Karnival Maulidur Rasul Peringkat MinDef
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

03011702KUALA LUMPUR: Seramai 60 orang anak-anak Asnaf Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan beg sekolah,alat tulis dan wang tunai dalam Karnival  Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pertahanan yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum di Masjid Khalid Al-Walid  pada 30 Dis 2016.

Karnival yang dihadiri hampir 2000 warga Kementerian Pertahanan ini diadakan selama dua hari bermula dari 29 hingga 30 Dis 2016 bertujuan sebagai salah satu program inisiatif untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival seperti jualan, Forum Bicara Keluarga Sakinah, Solat Subuh dan Dhuha Perdana, Tazkirah Jumaat, ceramah kesihatan, Tilawah Al-Quran Kanak-kanak dan persembahan nasyid.

Selain itu, Timbalan Menteri Pertahanan turut menyerahkan Jubah dan Kitab Tafsir Al-Quran kepada Imam dan Masjid ATM serta merasmikan Pusat Khidmat Pelanggan Masjid Khalid Al-Walid.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Sri  Zulkiple Hj Kassim.

Kemaskini pada Rabu, 04 Januari 2017 13:05
 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw