spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | 2000 Anggota TD Bantu Mangsa Banjir
07
Jan
2000 Anggota TD Bantu Mangsa Banjir
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

07011701KUALA LUMPUR: “Seramai 2000 anggota Tentera Darat (TD) terlibat dalam Op Murni yang mana Panglima 2 Div , Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar dan Panglima 8 Bgd, Brig Jen Nazari Abdul Hadi  diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memantau dan menilai situasi banjir yang berlaku serta bersiap sedia dengan keanggotaan bersama aset TD agar boleh diaturgerakkan bagi membantu agensi Awam dan masyarakat yang terlibat dalam bencana banjir di Kelantan dan Terengganu,” kata Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Hj Zulkiple Hj Kassim semasa sidang media selepas Perbarisan Perintah Ulung beliau di Wisma TD pada 7 Jan 2017.

Menurut beliau jumlah keanggotaan yang terlibat merupakan komitmen TD dalam membantu masyarakat yang terjejas bencana banjir yang mana banyak melibatkan kerosakan harta benda seperti kediaman persendirian serta harta benda awam.

Selain itu beliau mahukan pengawasan yang berterusan oleh TD dapat dilaksanakan untuk memastikan masyarakat setempat yang terjejas mendapat bantuan secukupnya selain membantu pasca banjir membersihkan kawasan-kawasan yang terlibat bencana banjir dan ini merupakan salah satu Projek Jiwa Murni TD bagi  meringgankan beban masyarakat setempat dalam menghadapi bencana alam.

Kemaskini pada Sabtu, 07 Januari 2017 14:49