spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | PTD Lawat 18 RAMD Para
17
Jan
PTD Lawat 18 RAMD Para
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

17011701TERENGGANU: Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) menerima Lawatan Kerja daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim diiringi Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Lt Kol Din Izuan Mahar Affandi di Seberang Takir pada 16 Jan 2016.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri tapak projek Army Care yang merupakan projek penaiktarafan kediaman dan juga kemudahan kem yang sedia ada untuk memberikan keselesaan kepada anggota selain turut beramah mesra bersama warga 18 RAMD (Para).

Dalam ucapan PTD beliau menasihatkan kepada warga 18 RAMD (Para) agar bersyukur serta menghargai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dengan cara memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TD serta masyarakat kerana TD secara amnya adalah contoh terbaik kepada ATM.

“Sesungguhnya masyarakat sekitar memandang tinggi dan mulia segala bakti dan jasa TD semasa OP Murni lepas selain bantuan yang dihulurkan TD melalui Projek Jiwa Murni,” kata PTD.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Mat Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw