spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Perbarisan Perintah Ulung PAT Ke-19
24
Jan
Perbarisan Perintah Ulung PAT Ke-19
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

24011701PAHANG: Seramai 23 pegawai dan 1130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Darat, Laut dan Udara meliputi lima detasmen terlibat dalam Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-19, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada 23 Jan 2017.

Perintah Ulung ini juga bersempena dengan pertukaran tampuk kepimpinan ATM yang baharu diantara mantan PAT Ke-18, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zin dengan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 16 Dis yang lalu.

Terdahulu dari itu, sejurus ketibaan PAT, beliau menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan yang diketuai oleh Lt Kol Muhammad Faizal Md Jani TUDM serta Lintas Hormat dari empat buah pesawat ATM iaitu Agusta 109 dari TDM, Super Lynx dari TLDM dan EC725 dari TUDM yang mana masing-masing membawa bendera ATM dan bendera ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Dalam ucapan Perintah Ulung PAT, beliau telah menyeru setiap lapisan warga ATM untuk berdiri teguh dan berdiri sebaris bersama beliau agar dapat memperkasakan segala nilai teras demi mewujudkan sebuah organisasi yang diyakini oleh rakyat serta disegani di persada dunia dengan berteraskan empat teras iaitu Kita Adalah Satu, Profesionalisme Tempa Kecemerlangan, Angkatan Ampuh dan Kita Insan Murni.

“Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa dipandang tinggi dan dihormati adalah menjadi tanggungjawab setiap warga ATM untuk mengukuhkan keyakinan serta kepercayaan yang telah diberi dengan memperkasakan tahap profesionalisme yang tinggi dan wajar bagi kita memperlengkapkan dan menambahbaik kemampuan diri dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta keterampilan diri,” tegas PAT.

Selain itu PAT mahukan setiap warga ATM perlu mempunyai mentaliti kelas pertama serta menumpukan kepada pembangunan nilai-nilai murni yang bersendikan kekuatan kerohanian, keberanian dan semangat berpasukan yang mana menyebabkan ATM lebih ampuh dengan satu angkatan serta dihormati.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan warga ATM.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw