spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Hospital Medan Diaturgerak Rawat Mangsa Banjir
01
Feb
Hospital Medan Diaturgerak Rawat Mangsa Banjir
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

01021701JOHOR: Seramai tiga pegawai dan 15 Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat diketuai Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan (2 Bn Ubat), Lt Kol Dr Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar diaturgerakkan untuk mengaktifkan Hospital Medan bagi membantu mangsa banjir mendapatkan rawatan awal di sekitar Kampung Jawa Segamat yang terjejas akibat banjir.

Hospital medan beroperasi sepenuhnya pada 25 jan 2017 dan dibuka 24 jam sepanjang tempoh mangsa banjir di tempatkan di pusat perpindahan banjir.

2 Bn Ubat turut melaksanakan rawatan rumah ke rumah bagi memberi rawatan kepada warga tua serta veteran yang tidak berupaya untuk hadir ke pusat perpindahan untuk mendapatkan rawatan.

Salah seorang mangsa banjir, PW I Ramli Bachok (Bersara) ketika ditemui berkata beliau terharu kerana komitmen anggota perubatan yang sanggup memberikan perubatan rumah ke rumah sepanjang banjir melanda.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan TD yang tidak melupakan jasa warga veteran dan sanggup menyediakan segala kelengkapan yang mencukupi bagi membantu kami warga veteran yang sakit,” katanya.

Kesemua penduduk yang terjejas akibat banjir dikumpulkan di Pusat Perpindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa dan Sekolah Agama Kampung Jawa bersama-sama dengan Hospital Medan TD.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali