spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | BAKAT Darat Pentingkan Kebajikan Anggota
15
Feb
BAKAT Darat Pentingkan Kebajikan Anggota
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

15021701

KUALA LUMPUR: Seramai 35 Ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) terlibat dalam Mesyuarat Tahunan Jemaah Tertinggi BAKAT Darat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Sri Zaleha Md Yusof  bertempat di Rumah BAKAT Darat pada 14 Feb 2017.

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh BAKAT Darat sepanjang tahun 2017.

Dalam ucapan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, beliau mahukan 60 peratus daripada aktiviti BAKAT mestilah menjurus ke arah aktiviti-aktiviti seperti projek kebajikan, kraftangan, masakan, pendidikan berserta agama dan 20 peratus meraikan pesaraan Ahli-ahli BAKAT yang bertukar keluar atau bersara manakala 10 peratus kos-kos operasional dan 10 peratus lagi baki yang tinggal untuk dibawa ke hadapan.

“Saya amat menekankan aktiviti-aktiviti BAKAT yang berkualiti dari kuantiti tidak perlu banyak tetapi dapat memberi kesan yang lebih ke arah kebajikan peringkat bawahan,” tegasnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Seri Noor Akmar Yaacob, Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Rashidah Abdul Rahim, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Noraihan Ibrahim dan Ketua Exco BAKAT Darat, Datin Anitha Ahmad.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw