spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Tangkapan Pemburu Haram Dalam OP JELAI KTJ 2 Div Oleh 5 RRD
17
Feb
Tangkapan Pemburu Haram Dalam OP JELAI KTJ 2 Div Oleh 5 RRD
Ditulis oleh PR 2 Divisyen   

18021701

GUA MUSANG – 16 Feb 2017, Op JELAI Siri 1/2017 yang dilaksanakan oleh Bn Ke- 5 RRD dengan kerjasama Jabatan Perhilitan di Ladang Pisang, Sg Ketil, Gua Musang, Kelantan bertujuan membenteras sebarang aktiviti haram yang berlaku dalam kawasan hutan simpan yang digazetkan oleh Kerajaan Malaysia. Sub unit dari Platun 7, Bn Ke-5 RRD yang di ketuai oleh Sjn Tengku Bukhari bin Tengku Sulaiman bersama 4 anggota tentera dan 4 anggota Jabatan Perhilitan telah berjaya membuat tangkapan ke atas 3 orang pemburu haram rakyat Indonesia yang tinggal di pondok dalam kawasan operasi tersebut. Antara barangan yang berjaya dirampas oleh pasukan keselamatan ialah taring dan organ dalaman hidupan liar seperti beruang, babi hutan, tenggiling, harimau dan tapir. Turut dirampas dalam operasi tersebut beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti haram  seperti jerat dan sebagainya. Pemburu-pemburu haram yang ditangkap dan hasil rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Gua Musang untuk siasatan seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi proses siasatan lanjut. 

Kemaskini pada Selasa, 28 Februari 2017 12:20