spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Karnival Sukan Eratkan Hubungan Tentera dan Rakyat
24
Feb
Karnival Sukan Eratkan Hubungan Tentera dan Rakyat
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

28021704

PAHANG: Seramai 28 Penuntut Kursus Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) Kelas I siri 4/2017 bersama jurulatih dari Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM) terlibat dalam Karnival Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Mentakab (Chatin) kali Ke-8 bertemakan Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada di Padang Sekolah Mentakab pada 23 Feb 17.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ATM dan pihak sekolah selain berjaya menghimpunkan 600 pengunjung dari pelbagai peringkat usia bahkan menjadi platform yang berupaya mengeratkan hubungan antara ATM dan masyarakat.

Pada masa yang sama turut di adakan Pameran Ketenteraan yang mana dapat memperkenalkan dan mendekatkan lagi ATM dimata rakyat akan tugas dan peranan ATM dimasa aman yang banyak membantu jika berlaku bencana alam yang teruk.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mentakab (Chatin) Pn Hjh Ruziah Hj Ghazali, Ketua Bahagian Peperiksaan Kurikulum  KP ATM merangkap Pengurusi PIBG, Mej Azizan Marzuki dan wakil daripada agensi-agensi kerajan.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw