spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Kaum Cina Komuniti Tentera Dirai MINDEF
23
Feb
Kaum Cina Komuniti Tentera Dirai MINDEF
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

28021703

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Kementerian Pertahanan dengan simbolik membakar mercun menandakan permulaaan tahun baharu bagi kalendar masyarakat Cina di Dewan Dato’ Harun pada 22 Feb 2017.

Tujuan utama sambutan adalah untuk meraikan pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berbangsa Cina samada yang masih berkhidmat atau  telah bersara dari perkhidmatan dan pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi jalinan persahabatan yang telah terjalin.

Turut hadir, Timbalan MENHAN, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohammad Radzi dan panglima-panglima perkhidmatan.