spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | BSS TD Dinilai Wakil UN DPKO
17
Feb
BSS TD Dinilai Wakil UN DPKO
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

28021701

PAHANG: Seramai 60 pegawai dan 707 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Siap Sedia Tentera Darat (BSS TD) terlibat dalam Perbarisan Pemeriksaan dan Penilaian BSS TD oleh wakil dari United Nation Department Of Peacekeeping Operation (UN DPKO) diketuai Lt Kol Razali Kosnan di Padang Kawad Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja Mekanize (7 RRD Mek) pada 15 hingga 16 Feb 2017.

Pemeriksaan dan penilaian yang dilaksanakan selama dua hari itu di nilai oleh Commander Raphael Guedes Barreiros Neto dan Mr. Joseph Taylor Althouse di iringi Komander BSS TD, Kol Semaon Marjuki bagi memastikan BSS TD bersama aset dan anggotanya mencapai tahap yang dikehendaki oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum layak diatur gerakkan ke luar negara.

Terdahulu dari itu rombongan dari UN DPKO di beri taklimat berkenaan kesiapsiagaan BSS TD oleh Komander BSS TD di Bilik Mesyuarat 7 RRD.

Turut hadir Panglima 4 Briged Mekanize,  Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu dan Pegawai-pegawai Kanan TD.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw