spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Serah Terima Tugas KS MKTD
03
Mar
Serah Terima Tugas KS MKTD
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

03031703

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim menyaksikan tandatangan Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD) diantara Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dengan Mej Jen Dato’ Mohd Nazir Mami bertempat di Bilik Mesyuarat Sekretariat TD pada 3 Mac 2017.

Terdahulu PTD mengucapkan tahniah kepada Mantan KS MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal yang mengambil alih tugas sebagai Ketua Staf Markas ATM.

Sejurus selesai acara, mantan KS MKTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan juga anggota Lain-Lain Pangkat yang memberikan kerjasama serta komitment yang sangat tinggi sepanjang beliau memegang jawatan KS MKTD.

Turut hadir TPTD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Pegawai-pegawai Kanan TD.