spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Pegawai Kanan TD Naik Pangkat
09
Mar
Pegawai Kanan TD Naik Pangkat
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

09031701

KUALA LUMPUR: Seramai 36 pegawai kanan dari pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Sri Tanjung Wisma Transit pada 8 Mac 2017.

Pemakaian pangkat dimulai dengan kenaikkan pangkat Mej Jen ke Lt Jen  yang didahului oleh Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal yang menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan  diteruskan dengan pemakaian pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen di dahului oleh Brig Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin yang menjawat jawatan sebagai Ketua Staf TD dan Brig Jen Dato’ Abdul Rahim Abdul Mutalib yang menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

Manakala empat pegawai berpangkat Kol dinaikkan  pangkat ke Brig Jen dan 17 pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol serta 12 pegawai dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan menegaskan pangkat yang disandang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab dan amanah bersandarkan komitmen dengan keikhlasan.

“Melihat keadaan yang berlaku sekarang, saya berharap semua pegawai kanan dapat mempamerkan kebijaksanaan dalam pengurusan yang bersesuaian dengan belanjawan yang melambangkan kematangan untuk menentukan keberkesanan dan efektif dalam melaksanakan tugas mengurus dan memimpin anggota berdasarkan pengetahuan dan pengalaman,”katanya.

Turut hadir, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Datuk (Dr.)  Hj Abd Razak Md Yusoff dan pegawai-pegawai kanan TD.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw