spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Anggota LLP KRD Naik Pangkat
10
Mar
Anggota LLP KRD Naik Pangkat
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

17031701

PAHANG: Seramai 182 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) dinaikkan pangkat  dalam Majlis Pemakaian Pangkat PTT Kanan KRD yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS Perisikan), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor di Cameron Highlands pada 09 Mac 2017.

Majlis Pemakaian Pangkat dimulakan dengan anggota yang dinaikkan pangkat ke PW I seramai 12 anggota, SSjn ke PW II seramai 32 anggota, Sjn Ke SSjn seramai 42 anggota dan Kpl ke Sjn seramai 96 anggota.

Dalam ucapan AKS Perisikan, beliau mengucapkan tahniah kepada semua anggota LLP KRD yang dinaikkan pangkat serta turut mengingatkan bahawa pangkat yang diberi merupakan tugas dan tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan jujur, amanah serta ketaatsetiaan kepada pucuk pimpinan atasan.

“Sebagai seorang PTT Kanan,  kamu perlu memantau setiap tingkah laku anggota bawahan agar mereka tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh nombor satu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta penglibatan dengan pertubuhan luar organisasi dan seharusnya menjaga kebajikan anggota bawahan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik agar menjadi role model  kepada mereka,” tegasnya.

Turut hadir, Pengarah KRD, Kol Mahmud Ahmad dan Ketua Perisikan Batalion 165 Risik TD, Kol Mohd Fauzi Abdul Majid.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw