spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | PUTD Sambut HUT Ke-22
14
Mar
PUTD Sambut HUT Ke-22
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

17031702

JOHOR: Seramai 12 pegawai dan 147 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun PUTD Ke-22 yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) , Lt Jen Dato Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Padang Kawad PUTD pada 13 Mac 2017.

Sejurus ketibaan TPTD, beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen 882 PUTD, Lt Kol Mohd Shahril Abu Bakar lalu meneruskan acara dengan memeriksa barisan.

Perbarisan diteruskan dengan upacara pemakaian Sayap Kuartermaster Udara TD kepada empat orang LLP yang menamatkan Kursus Peralihan Kuartermaster Udara TD bagi pesawat Agusta pada 14 Feb 2017.

Dalam ucapan TPTD, beliau menyatakan pucuk pimpinan TD amat mengambil berat tentang perkembangan dan peningkatan keupayaan PUTD dari segi penambahan aset udara serta persenjataan.

“Selaras dengan perkembangan TD, saya ingin menegaskan kita perlu menghayati serta mengupas apa yang tersirat di sebalik perintah ulung PTD yang menekankan lima teras utama iaitu memperkasakan kesiagaan angkatan, pengukuhan kesepaduan angkatan, peneguhan profesionalisme, pemantapan pengurusan organisasi dan peningkatan kualiti hidup,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau mahukan kesemua anggota terus beriltizam dan komited untuk memperkukuh kesemua elemen yang dilaksanakan melalui sistem pendidikan dan latihan berterusan.

Turut hadir, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 7 Brig, Brig Jen Hassan Loman dan Pengarah PUTD, Brig Jen Suhaimi Hussin.