spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Raja Muda Selangor Terima Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat
16
Mar
Raja Muda Selangor Terima Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

17031703
MELAKA: Seramai 77 pegawai dan 1198 anggota Lain-lain pangkat (LLP) 10 Bgd (Para) terlibat dalam majlis pemakaian beret merun dan sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (Para) kepada DYTM Tuanku Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di ParaWood 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 15 Mac 2017.

Anugerah ini diberikan adalah berdasarkan komitmen, keazaman, ketabahan serta keyakinan dan sifat kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh baginda sepanjang mengikuti kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) siri 2/2016

Pada masa yang sama turut diadakan pemakaian beret merun kepada penuntut yang berjaya menamatkan kursus APAC siri 3/2017 dengan jayanya.

Terdahulu dari itu, baginda dipertonton dengan pertunjukan payung terjun bebas dari Tim Penerjun Bebas Kompeni PANDURA diikuti ­acara Freefall, Repelling/Abseiling/Fast Roping, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur dan Tactical Combat Casualty Care (TCCC).

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima MK Latihan, Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan tentera.