spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | 339 Pegawai Kadet UPNM Ditauliahkan
19
Mar
339 Pegawai Kadet UPNM Ditauliahkan
Ditulis oleh www.utusanonlie.net   

20031702

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V  berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat pada 18 Mac 2017.

Perbarisan yang melibatkan seramai 339 Pegawai Kadet terdiri daripada 194 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 48 Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 97 Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyaksikan Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan dan penyandang Pedang Kehormat dianugerahkan kepada Pegawai Rendah Kanan Muhd Hafiz Muhd Yusof manakala Pegawai Kadet Terbaik TDM dinobatkan kepada Pegawai Rendah Kanan Abdus Salam Halimi, Pegawai Kadet Terbaik TUDM ialah Pegawai Rendah Muda Nur Antasha Zulkarnain diikuti dengan Pegawai Kadet Terbaik TLDM dianugerahkan kepada Pegawai Kadet Kanan Muhamad Fawwaz Abu Bakar.

Dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, baginda menzahirkan setinggi tahniah di atas kejayaan seluruh Pegawai Kadet yang menamatkan latihan dan baginda juga yakin dengan berbekalkan ilmu yang telah diperoleh semasa dalam latihan, pegawai-pegawai ini dapat menyumbang ke arah pembentukan ATM yang disegani.

“Sebagai seorang pemimpin, beta berharap agar semua Pegawai Kadet akan lebih berkemampuan untuk menghadapi sebarang bencana masa hadapan dengan penuh yakin dan jati diri yang tinggi dan berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ketenteraan secara berterusan agar sensitif pada perkembangan teknologi pertahanan semasa,” titah baginda.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima-panglima Perkhidmatan, Naib Canselor UPNM, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Zulkifli Hj Zainal Abidin, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, Brig Jen Dato Hj Mohamad Adkaa Hj Solahuddin TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw