spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | 4 Bgd Mek Sambut HUT Ke-54
18
Mar
4 Bgd Mek Sambut HUT Ke-54
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

20031703

KUANTAN: Seramai 21 pegawai dan 331 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 21 buah kenderaan Briged Keempat Mekanize (4 Bgd Mek) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun 4 Bgd (Mek) Ke-54  disempurnakan oleh Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu di Padang Kawad Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD Mek) pada 17 Mac 2017.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek), Lt Kol Norazeman Zakaria dan turut diadakan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada 12 orang pegawai serta 26 anggota LLP dan 14 kakitangan awam lalu diteruskan dengan acara pemakaian pangkat kepada tiga anggota LLP 4 Bgd (Mek).

Dalam ucapan Panglima 4 Bgd, beliau meyampaikan hasrat pucuk kemimpinan tertinggi Tentera Darat (TD) supaya menjaga disiplin setiap anggota TD serta menunjukkan sikap tauladan yang baik kepada masyarakat seiring dengan kecemerlangan TD yang sentiasa dikagumi dan disegani oleh rakyat.

“Bagi meyokong hasrat dan aspirasi TD saya menyeru agar warga 4 Bgd Mek meningkatkan tahap kesiagaan yang tinggi sebilang masa dalam menghadapi penugasan operasi yang mencabar bagi menghadapi pelbagai demensi samada ancaman luar mahupun dalam selain penugasan sekunder yang diberikan oleh pemerintah atasan samada dari segi tenaga, material dan aturgerak aset Mek,” tegas beliau.

Turut hadir, Ketua Staf AM MK 4 Bgd (Mek), Lt Kol Abd Munir Hj Rani, Ketua Staf Tadbir MK 4 Bgd (Mek), Lt Kol Abdullah Ali dan warga 4 Bgd (Mek).

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw