spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Kunjungan Hormat Panglima 1 Div Keatas KM Sarawak
31
Mar
Kunjungan Hormat Panglima 1 Div Keatas KM Sarawak
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

31031702

SARAWAK: Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg bertempat di Pejabat KM Wisma Bapa pada 27 Mac 2017.

Ini adalah kunjungan hormat yang pertama kalinya dilakukan oleh beliau semenjak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-16 pada 13 Jan menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada Jan 2017.

Turut dibincangkan ketika kunjungan hormat ini adalah berkaitan isu peningkatan keselamatan dan pengukuhan tahap operasi di sempadan Sarawak dan Indonesia serta usahama di antara Tentera Darat bersama kerajaan Negeri.

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Mat Zin, Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dzulkafli Hj Mustaffa dan Panglima 31 Bgd,Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin.