spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | BAKAT Darat Lawat Pesakit Kronik dan OKU
31
Mar
BAKAT Darat Lawat Pesakit Kronik dan OKU
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

31031703

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Datin Sri Zaleha Md Yusof bersama-sama ahli Exco BAKAT Darat mengadakan Lawatan Kebajikan ke lima buah rumah ahli BAKAT sekitar  Lembah Klang pada 27 Mac 2017.

Lawatan dimulakan dengan melawat adik Ainurzara Sofea Mohd Rizal anak tunggal kepada Kapt Mohd Rizal Che Hassan berumur setahun yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang yang telah selamat menjalani pembedahan sebulan yang lalu namun hasil pemeriksaan baharu-baharu ini terdapat satu lagi lubang kecil di jantung beliau.

Rumah kedua yang dikunjungi rombongan BAKAT Darat juga merupakan penghidap sakit  jantung berlubang sejak berumur sebulan dan sehingga kini masih meneruskan rawatan susulan tetapi stabil iaitu adik Nur Syifa’ Zulaikha Mohd Zamani berumur 5 tahun, merupakan anak kepada PW I Mohd Zamani Omar dan melawat ke rumah  PW I Busman Idi yang mempunyai anak bernama Muhammad Zain Junaydi berumur 9 tahun menghidap penyakit autisma, sawan dan kecacatan tangan sebelah kiri akibat terkena air panas ketika berusia 2 tahun.

Seterusnya rombongan BAKAT Darat melawat Syazwani Ahmad isteri kepada Kapt Mohammad Nur Hafiz Daruis yang kehilangan anak bongsu ketika dalam pantang dan anak kepada Kpl Zam Ismail iaitu adik Nur Aisyahtul Rudhah berumur 5 tahun yang menghidap penyakit kronik Central Hypotonia with Global Development Delay.

Turut hadir, Timbalan Ketua Exco BAKAT Darat, Datin Hjh Noor Khiah Jalaluddin, Setiausaha merangkap Bendahari Exco BAKAT Darat, Datin Hjh Raja Mariah Raja Latiff, Exco Kebajikan BAKAT Darat, Datin Hasnah Che Sabah, Exco Agama BAKAT Darat, Hjh Farizah Abd Rashid dan Exco Kesihatan BAKAT Darat, Datin Hjh Aidawati Hj Ramli.