spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Malam Akrab Bola Sepak TD Tingkat Motivasi Pemain
06
Apr
Malam Akrab Bola Sepak TD Tingkat Motivasi Pemain
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

06041702

KUALA LUMPUR : Pasukan Bola Sepak dari 15 Kor dalam Tentera Darat (TD) hadir dalam Majlis Malam Akrab Pertandingan Bola Sepak Antara Kor/Rejimen TD Tahun 2017  yang disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Bola Sepak Tentera Darat (PBTD), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor sempena Pertandingan Bola Sepak Antara Kor/Rejimen TD Tahun 2017 bertempat di 91 Skuadron Simpan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) pada 3 Apr 2017.

Dalam ucapan Pengerusi PBTD, beliau menyeru supaya pemain-pemain yang mewakili TD dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi, kerjasama satu pasukan di samping mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara semua kor di dalam TD sekaligus dapat membangunkan sebuah pasukan yang kuat di pertandingan bola sepak antara perkhidmatan.

“Saya yakin bahawa bakat-bakat baharu bola sepak yang bakal dicungkil semasa pertandingan ini dapat digilap dan diketengahkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan negara,” tegasnya.

Majlis diteruskan dengan acara simbolik Pengerusi PBTD melakukan sepakan penalti menandakan  Pertandingan Bola Sepak Antara Kor/Rejimen TD Tahun 2017 bermula.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir  Abdul Nasser Ahmad, Setiausaha PBTD, Lt Kol (KM) Abdul Kadir Jayalani Shahul Hameed serta wakil-wakil Pengarah Kor.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw