spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | RAMD Pertahan Kejuaraan Bola Sepak TD
17
Apr
RAMD Pertahan Kejuaraan Bola Sepak TD
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

17041703

KUALA LUMPUR: Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekali lagi muncul juara dalam Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Sepak Antara Kor/Rejimen Tentera Darat (TD) menumpaskan Kor Armor Diraja (KAD) dengan jaringan 5 gol berbalas 2  bertempat di Stadium KEMENTAH pada 14  Apr 2017.

Kejohanan yang berlangsung mulai 3 hingga 14 Apr 2017 yang dianjurkan sepenuhnya oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), bertujuan mengenalpasti dan memilih pemain-pemain yang akan mewakili TD serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama satu pasukan disamping mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin diantara semua Kor di dalam TD.

Penjaring Terbanyak Kejohanan dimonopoli oleh Kpl Ruzaini Raslam dari KAD dengan jaringan enam gol manakala Pemain Terbaik pula dimenangi Pbt Shamsuri Salleh dari RAMD dan Piala FairPlay iaitu Piala Dato’ Sri Panglima Haji Ahmad Hasbullah Haji Mohd Nawawi diberikan kepada pasukan RAJD.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Bola Sepak Tentera Darat (PBTD), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor dan dalam ucapannya beliau mahukan semua Pengerusi dan Pengarah Kor/Rejimen untuk terus fokus bagi pembangunan pasukan masing-masing dengan memberi perancangan dan persediaan rapi yang merupakan aspek penting dalam membentuk pasukan bola sepak yang mantap.

“Saya yakin bahawa bakat-bakat baharu bola sepak dapat membangunkan sebuah pasukan yang mantap untuk bertanding di pertandingan bola sepak di antara perkhidmatan dan mengekalkan status johan pertandingan tersebut selama tiga tahun berturut-turut,” tegasnya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Bola Sepak TD, Lt Jen Dato’ Abdul Halim Haji Jalal, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota LLP.