spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | KUNJUNGAN HORMAT GEN SURAPONG SUWAN-ATH KE ATAS PAT
05
May
KUNJUNGAN HORMAT GEN SURAPONG SUWAN-ATH KE ATAS PAT
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

05051704

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima lawatan rasmi Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces, Gen Surapong Suwan-ath di Wisma Pertahanan pada 4 Mei 2017.

Sebaik sahaja tiba, Gen Surapong Suwan-ath menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada 3 pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Riduan Mohd Basheer diiringi oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia.

Selesai acara KKU, beliau membuat kunjungan hormat kepada PAT, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum.

Tujuan kunjungan beliau adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin dalam mengawal keselamatan negara dan serantau di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Tentera Thailand sempena beliau mengambil alih tugas Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces sejak Okt 2016.

Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin, dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw