spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces Dianugerah Beret Merun
05
May
Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces Dianugerah Beret Merun
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

05051705

MELAKA: Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces General Surapong Suwana-Adth dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para  sempena lawatan ulung beliau ke Malaysia sejak mengambil alih jawatan tersebut pada Oktober 2016. Beliau berada di Kuala Lumpur dari 1 sehingga 5 Mei 2017 untuk menghadiri High Level Committee Meeting ke-34 antara Malaysia dan Thailand.

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dalam satu upacara khas yang dilaksanakan di Dataran Parawood Village di Batalion ke 8 Rejimen Renjer Diraja pada 5 Mei 2017.

Mengikut ringkasan sejarah beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus).  Objektif penganugerahan beret merun kehormat ini adalah untuk mengeratkan dan mengukuhkan  perhubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Sebelum majlis penganugerahan, General Surapong Suwana-Adth dan deligasinya Royal Thailand Armed Forces dipertonton dengan pertunjukkan demonstrasi Repelling/Abseiling/Fast Roping, Tempur Tanpa Senjata, Renang Tempur, Tactical Combat Casualty Care, serangan seksyen dan Human Wave melibatkan 59 Pegawai dan 929 anggota Lain-lain Pangkat 10 Bgd Para.

Selesai acara Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat deligasi RTA dipersembahkan dengan Tarian Perang atau lebih dikenali dengan nama Para War Dance Melibatkan 22 Pegawai dan 701 anggota Lain-lain Pangkat 10 Bgd Para, persembahan ini merupakan satu simbolik atau kekuatan serta keberanian seorang pahlawan yang hanya dipersembahkan untuk tetamu kehormat negara.

Turut hadir dimajlis tersebut Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, pegawai kanan Tentera Darat  serta delegasi daripada Royal Thailand Army.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw