spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari TD Ke-84
16
May
Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari TD Ke-84
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

16051703

NEGERI SEMBILAN: Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Bgd) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Program Bual Bicara Forum Perdana Ehwal Islam bersempena Hari Tentera Darat Ke-84 yang dipaparkan secara langsung dari Auditorium Pusat Simulator Center POP TD pada 11 Mei 2017.

Program ini bertujuan mendedahkan anggota Tentera Darat (TD) dengan diskusi ilmu-ilmu kerohanian sebagai bekalan jati diri selain ianya merupakan program tahunan TD dan tajuk forum pada kali ini ialah Daulat Perkasa yang dihoskan oleh Ustaz Zakaria Othman dan penceramah jemputan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad serta Uztaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

Forum Perdana Ehwal Islam kali ini, membincangkan berkaitan sudut kedaulatan dari perspektif islam walaupun TD baru berusia 84 tahun dan boleh dianggap muda jikalau dibandingkan dengan tentera negara lain yang mencecah ratusan tahun namun dari segi kedaulatan negara haruslah dipertahankan demi kepentingan tanah air.

Selain itu penceramah menasihatkan setiap anggota tentera perlu mempunyai kekuatan rohani dan dalaman yang kuat bagi menghadapi ancaman yang datang dari pelbagai bentuk seperti Daesh dan diwajibkan berperang bukan semata-mata untuk membuat kezaliman tetapi demi mempertahankan negara dan taat kepada ketua.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Hj Othman Mustapha, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi CEO Bank Muamalat Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan KS MK ATM, Lt Jen Dato Abdul Halim Hj Jalal.

 
k-ramd   k-rrd   k-rs   k-kad   k-rsd   k-rajd   k-rad   k-kptd   k-krd   k-kjljd   k-kpa   k-kpd
                                             
                k-kod   k-kkd   k-kagat   k-raw