spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | MB Terengganu Berbuka Puasa Bersama Warga 18 RAMD Para
21
Jun
MB Terengganu Berbuka Puasa Bersama Warga 18 RAMD Para
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

21061701

TERENGGANU: Seramai 350 pegawai dan anggota Lain – Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD Para) diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Hajjah Halina Zakaria pada 7 Jun 2017.

Majlis ini adalah sebagai tanda Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu khususnya dari MB yang sentiasa mengambil berat dan menghargai jasa bakti serta pengorbanan warga tentera serta keluarga, khususnya di 18 RAMD (Para).

Pada masa yang sama MB Terengganu turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada semua warga 18 RAMD (Para) termasuk sumbangan untuk mereka yang sedang bertugas di kawasan operasi.

Turut hadir, Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.