spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Warga 31 Bgd Terima Rumah Baharu
21
Jun
Warga 31 Bgd Terima Rumah Baharu
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

21061702

SARAWAK: Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin, menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) kepada 18 buah keluarga Blok G4 Batu 14 Sibu Kem Oya Sibu pada 9 Jun 2017.

Dalam ucapan Panglima semasa majlis perasmian berkata RKAT yang diperuntukkan kepada anggota 31 Bgd telah mendapat perhatian dan usaha pelbagai pihak dalam merealisasikan penyerahan kunci RKAT untuk warga 31 Bgd yang mencerminkan komitmen Tentera Darat bagi menjaga kebajikan anggotanya.

“Semangat kejiranan, tolerensi, keselamatan dan kebersihan adalah teras utama bila anda semua tinggal disini nanti dan saya berharap rumah yang diduduki ini dijaga dengan sebaik-baiknya,”nasihat beliau.

Acara kemuncak penyerahan blok ini adalah penyerahan Replika Kunci RKAT yang disampaikan oleh Panglima kepada Ketua Blok SSjn Khair Arafat Azizuddin.

Turut hadir, Ketua Staf Briged ke 31 Infantri, Lt Kol Mohd Zaini Hashim dan Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Abdul Razak Hashim.