spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | SAMBUTAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN PERINGKAT TENTERA DARAT
21
Jun
SAMBUTAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN PERINGKAT TENTERA DARAT
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

21061714

TERENGGANU: Warga 18 RAMD (Para) bersama 50 orang sukarelawan telah mengadakan Majlis Sambutan Semarak Ramadhan sempena merahmati bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan di Dataran Basri Yahya, Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu pada 17 Jun 2017.

Antara pengisian majlis ini adalah memasak dan pengagihan bubur lambok di sekitar Daerah Kuala Nerus, pemberian sumbangan kepada golongan asnaf dan warga TD, menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama warga 18 RAMD (Para) dan golongan Asnaf serta menunaikan solat Tarawikh di Masjid Al Ansar, Kem Seri Pantai.

Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin yang hadir dalam majlis ini menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pasukan 18 RAMD (Para) serta dua badan korporat iaitu Bank Islam Malaysia Berhad dan Berita Harian yang telah bertungkus lumus menganjurkan program ini. Beliau juga mengingatkan bahawa program sedemikian haruslah diteruskan bagi menguatkan lagi hubungan antara badan korporat dengan pasukan keselamatan Negara.

Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli bin Jaafar, Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Nazari bin Abd Hadi, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Badrulhisham bin Othman, SUK Terengganu, Dato’ Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ust Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Timb CEO MAIDAM Tuan Hj M. Rozi bin Bidin dan Timbalan Mufti Terengganu Tuan Hj Ahadi bin Othman.