spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Perak
22
Jun
Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Perak
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

22061701

PERAK: Pesara dan warga Kor Risik Diraja (KRD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Zon Perak bersama Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor di 91 Grup Operasi Perisikan (91 GOP) pada 20 Jun 2017.

Majlis tahunan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan mengumpulkan semula pesara tentera dengan anggota KRD yang masih berkhidmat dan Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) serta mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan warga veteran KRD yang telah banyak menaburkan bakti khususnya dalam perisikan.

Dalam ucapan AKS, beliau amat terharu dengan keutuhan hubungan kesemua warga KRD dan kebajikan warga veteran hendaklah sentiasa diambil tahu bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela. “Sesungguhnya KVRM ini adalah relevan dan saya berharap agar anggota KRD khususnya warga veteran supaya bersatu dalam mengekalkan semangat kekitaan sesama anggota dan kebajikan KVRM perlu sentiasa diambil berat oleh sesiapa yang akan menjawat jawatan AKS selepas ini, ” kata beliau.

Turut hadir, Pengarah Direktorat Bantuan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Brig Jen Ahmad Norihan Jalal, Pegawai Memerintah 91 GOP, Lt Kol Dzeidee Shaff Jamaluddin, pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KRD.