spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, GAWAI DAN KAAMATAN PERINGKAT 10 BRIGED (PARA)
09
Jul
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, GAWAI DAN KAAMATAN PERINGKAT 10 BRIGED (PARA)
Ditulis oleh Markas 10 Briged (Para)   

09071703

MELAKA 7 Jul 17 - 10 Briged (Para) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Kaamatan di Dewan Serbaguna, Kem Terendak. Sambutan serentak secara sederhana dan santai namun penuh bermakna ini diadakan sebagai menzahirkan rasa penghargaan terhadap kepelbagaian latarbelakang warga 10 Briged (Para), Di samping menjadi platform dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim Sesama warga serta masyarakat dan agensi-agensi setempat.

Lebih bermakna lagi apabila Ucapan dari anggota yang bertugas di luar kawasan turut ditayangkan secara langsung kepada keluarga dan seluruh warga yang hadir. Panglima dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yang hadir di majlis tersebut. Selain itu, turut diadakan pertandingan gerai dan khemah tercantik.

Mej Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah Panglima 3 Div & Isteri, Datin Norhanita binti A.Hamid, serta agensi-agensi setempat turut hadir bagi memeriahkan Majlis.