spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 6 BRIGED
10
Jul
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 6 BRIGED
Ditulis oleh Cwg Risik 6 Bgd   

10071701

SUNGAI PETANI, pada 7 Julai 2017, 6 Briged telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di Dewan Serbaguna Markas Staf, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Majlis telah dihadiri oleh semua warga 6 Bgd dianggarkan lebih kurang 300 orang bersama keluarga. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad bersama isteri. 

Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan bagi menyambut hari raya aidilfitri dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga 6 Bgd. Majlis berlangsung dari jam 2030 hingga 2300 itu diserikan dengan persembahan kugiran bagi memeriahkan majlis dan pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh wakil setiap pasukan dibawah naungan 6 Bgd. Di akhir majlis, Panglima 6 Bgd, Dato Dzulkarnain telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak warga 6 Bgd.