spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Penganugerahan Pangkat Kehormat Askar Wataniah
07
Aug
Penganugerahan Pangkat Kehormat Askar Wataniah
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

09081702

KUALA LUMPUR: Seramai tiga Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah (AW) dianugerahkan pangkat Kehormat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Pejabat PTD pada 7 Ogos 2017.

Penganugerahan pangkat Kol Kehormat dimulakan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Bakar Din dilantik sebagai Kol (K) Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) negeri Kedah, Profesor Dato’ Dr Zul Azhar Zahid, menjawat jawatan sebagai Kol (K) naib canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Profesor Dato’ Dr Hassan Said  dianugerahkan Kol (K) seterusnya dilantik menjawat jawatan sebagai Komandan PALAPES Universiti Teknologi Mara.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan pegawai kanan TD.