spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Keris Strike Latihan Akhir Cemerlang
19
Aug
Keris Strike Latihan Akhir Cemerlang
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

10081706

PAHANG: Latihan akhir melibatkan 17 peg dan 206 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (19 RAMD Mek) dan 1/25 Stryker Brigade Combat Team (SBCT), Artic Wolf berlangsung dengan cemerlang apabila diperaksikan di hadapan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, turut diiringi Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu di sekitar hutan Temerloh pada 17 Ogos 2017.

Latihan akhir yang dijalankan adalah melibatkan serangan keatas Penempatan Pengganas Komunis yang mana SBCT adalah pelaku bagi kumpulan serangan utama dan 19 RAMD mempamerkan mutu kerjasama yang unggul serta koordinasi yang baik antara USARPAC dan TDM.

Kedua-dua ketumbukan ini seterusnya ditarik keluar daripada kawasan latihan menggunakan lima buah pesawat UH-60 Blackhawk milik 2-25th Aviation Regiment.