spread
UTAMA | MENGENAI KAMI | Sejarah | Konfrantasi
Konfrantasi
Setelah tamat dan berjaya menunaikan perkhidmatan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo, Tentera Darat sekali lagi tampil ke hadapan menentang ancaman besar kepada Negara, apabila Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia dalam tahun 1963.  Konfrantasi merupakan bantahan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963 yang menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.  Konfrantasi ini berterusan selama 3 tahun dan banyak kejadian-kejadian serta pertempuran berlaku di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno.  Di dalam pertempuran-pertempuran ini anggota-anggota Tentera Darat telah menunjukkan semangat kepahlawanan dan semangat sedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.   

Satu peristiwa pahit yang tidak dapat dilupai dalam Sejarah Tentera Darat ialah Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Dis 1963.  Dalam peristiwa ini, satu Pos Sementara Tentera di Kalabakan, Tawau Sabah dengan kekuatan satu platun di bawah perintah Mej Zainal Abidin bin Haji Yaacob dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah diserang ketika mereka sedang menunaikan sembahyang Maghrib di bangunan madrasah.  Walaupun dalam keadaan tidak tersedia, anggota-anggota platun telah menentang musuh yang berlipat ganda ramainya dan memaksanya berundur.  Serangan itu mengorbankan 7 orang anggota platun tersebut, termasuk Mej Zainal Abidin dan mencederkan 16 yang lain.  

Di Semenanjung pula banyak peristiwa  berlaku di kawasan Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Labis dalam negeri Johor.  Di kawasan ini angkatan musuh telahmenyusup masuk melalui pantai.  Mereka juga dapat masuk melalui udara dengan paying terjun di Labis pada 1 Sep 1964.  Semua penyusupan ini dapat dipatahkan oleh Tentera Darat dalam beberapa hari sahaja kerana pihak musuh langsung tidak dapat sokongan atau bantuan rakyat tempatan.  Setelah menyedari hakikat ini dan berikutan desakan politik Presiden Sukarno menamatkan Konfrantasi terhadap Malaysia dalam tahun 1965.Konfrantasi