29 Jan |
|
Pada perbarisan ini baginda menyeru semua pihak terutama pengurusan tertinggi UPNM berusaha mengekalkan prestasi dan prestij universiti ini ke arah mencapai visi penubuhannya. Titah baginda lagi, langkah-langkah peningkatan harus dilakukan berterusan selaras dengan perkembangan semasa, agar usaha mewujudkan kecemerlangan di masa hadapan dapat direalisasikan dengan jayanya. Seri Paduka Baginda mengingatkan bahawa anugerah pengtauliahan ini satu amanah yang perlu diperlihara dan dihayati dengan iltizam berterusan. Sejajar dengan hasrat UPNM yang ingin melahirkan ”Pemimpin Berkarekter Cemerlang” (Leaders of Character), adalah diharapkan bahawa Pegawai Kadet yang ditauliahkan ini akan menjadi legasi UPNM dan berkhidmat dalam ATM dengan mengamalkan Moto Universiti iaitu ”Kewajipan, Maruah dan Integriti”. Terdahulu, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong berkenan memeriksa perbarisan yang disertai oleh 302 orang yang diketuai oleh Pegawai Kadet Rendah Luqman Hakim Sahar. Pegawai Kadet yang ditauliah terdiri daripada pengambilan tahun 2005, 2006 dan 2007. Daripada 302 orang yang ditauliah, seramai 131 orang Pegawai Kadet ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Darat, 118 orang ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan 53 orang ditauliah ke dalam Perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia. Dalam tempoh pengajian selama 3 tahun untuk Jurusan Pengurusan dan 4 tahun bagi Jurusan Kejuruteraan, UPNM melahirkan pelajar yang berjaya dan cemerlang buka sahaja dalam aspek akademik malahan aspek kepimpinan, rohani dan jasmani berbeza sekali dengan IPTA lain. Sebelum layak ditauliahkan sebagai Kapten atau setaraf dalam Perkhidmatan ATM, Pegawai Kabet Rendah ini perlu lulus dengan cemerlang dalam dua aspek iaitu akedemik dan latihan ketenteraan yang merangkumi latihan, kawad, senjata, pengetahuan am ketenteraan dan staf, kepimpinan, akaun rejimen, ertika tentera, taktik peperangan dan undang-undang tentera. Disamping itu, untuk melahirkan semangat setiakawan dan juga persaingan yang sihat di antara Pegawai Kadet, acara-acara ketenteraan dan sukan juga dipertandingankan. Pada Istiadat Perbarisan Diraja ini, Pegawai Rendah Kanan Lukman Hakim Sahar, yang juga Ketua Perbarisan telah diumumkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan. Untuk Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat pula dimenangi oleh Pegawai Rendah Muda Mohd Eskandar Mirza Mohd Yusof, Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut Diraja Malaysia dimenangi oleh Pegawai Muda Muhammad Fathullah Idris dan Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara Diraja Malaysia oleh Pegawai Kadet Rejimen Sarjan Mejar Umar Aziz Ramli. Hadir sama di Istiadat Perbarisan dan Pentauliahan ini Pro Canselor UPNM YTM Brig Jen Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jen Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Dato’ Mohd Seth (Besara), Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Rodzali Daud, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato’ Wira Allatif Mohd Noor. |











KUALA LUMPUR 28 Jan 12 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, telah mencemar duli berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan DiRaja di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD) dan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah DiRaja di Dewan Tun Templer Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).




