spread
04
Jan
Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Kor Perkhidmatan Diraja

0401130902Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Sri Panglima Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dua anggota Kor Perkhidmatan Diraja yang bertugas sebagai Pramusaji di Kediaman TPTD. Majlis pemakaian pangkat telah berlangsung di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Darat, Kementerian Pertahanan pada 3 Jan 13. Turut hadir menyaksikan pemakaian pangkat tersebut adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Kol Jaafar Bin Marlan serta staf pejabat TPTD. Kpl Shahrulnizar bin Hashim telah dinaikkan kepangkat Pemangku Sarjan dan akan memulakan tugas baru di Pusat  Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT). Manakala LKpl Tuan Asmara Binti Tuan Abdullah telah dinaikkan pangkat ke Pangkuan Koperal dan kekal bertugas sebagai pramusaji di Kediaman TPTD.

 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1