spread
MAIN | INFORMATION | News | Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Timur
23
Jun
Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Timur
Written by www.btdmonline.net   

23061701

KELANTAN: Seramai 76 anggota Kor Risik Diraja (KRD) dan pesara-pesara KRD memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Zon Pantai Timur bersama Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS Perisikan), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor di sebuah hotel sekitar Kota Bharu pada 21 Jun 2017.

Majlis yang dianjurkan saban tahun ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan silaturrahim antara pesara dan anggota KRD yang berkhidmat disamping prihatin terhadap kebajikan warga veteran dalam menghargai bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat dalam KRD.

Dalam ucapan AKS Perisikan, beliau menzahirkan keprihatinnya mengenai kebajikan anggota Kelab Veteran Kor Risik Diraja (KVRM) yang mana ahli-ahlinya telah banyak berbakti bagi kecemerlangan kor sejak awal penubuhan KRD.

“Saya menyeru kepada pesara KRD yang belum menjadi ahli KVRM supaya mendaftar kerana melalui medium ini kebajikan ahli dan keluarga yang memerlukan bantuan dapat dikoordinasikan dengan baik dan pelbagai faedah seperti khidmat nasihat dan bantuan kebajikan yang sedikit sebanyak meringankan bebanan yang ditanggung,” ujar beliau.

Turut hadir ialah  Lt Kol (B) Meor Adam Meor Sapi, Pengerusi KVRM, Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail, Timbalan Pengarah Direktorat Operasi,  dan Kol Mohd Anuar Mohamad Ali, Ketua Perhubungan Luar BSPP.