spread
MAIN | INFORMATION | News | Sokongan Padu Untuk Larian Obor Kuala Lumpur 2017
07
Jul
Sokongan Padu Untuk Larian Obor Kuala Lumpur 2017
Written by Sel PR 2 Div   

07071701

KEM TUN RAZAK, 4 Jul 2017 - Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia teguh memberi sokongan padu untuk larian obor sempena Kejohanan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 dengan penyertaan pelari bersama pengiring seramai 500 orang. Peserta adalah terdiri daripada pegawai memerintah, pemerintah pasukan, pegawai-pegawai dan angota lain-lain pangkat disekitar Pulau Pinang telah mengambil bahagian.

Acara larian ini adalah lanjutan dari larian kumpulan pembawa obor serta kumpulan pelari pengiring bermula dari CP 1 (Check Point) Sg Rusa. Obor kejohanan tiba dari CP 10 iaitu dari Jalan Makhamah lebih kurang jam 1150 pagi dan seterusnya obor diserahkan kepada YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima 2 Div di pintu utama Kem Tun Razak iaitu CP 11 oleh kontinjen dari CP 10. Seterusnya Obor dibawa oleh Panglima 2 Div selaku Ketua Kontinjen Markas 2 Div serta kumpulan pelari pengiring dengan laluan sepanjang 1.2 KM ke CP 12 iaitu di Klinik Kesihatan Bayan Baru, Pulau Pinang.