spread
MAIN | INFORMATION | News | MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN AM (KPA) KE-59
07
Jul
MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN AM (KPA) KE-59
Written by PR Tentera Darat   

07071702

KUALA LUMPUR, 6 Julai 2017: Pengarah Rekod dan Pencen merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Am telah menghadiri Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KPA ke-59 yang diadakan di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Majlis dihadiri seramai 350 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor KPA sekitar Lembah Klang. Acara dimulakan dengan majlis tahlil, bacaan Yasin, tazkirah dan solat asar berjemaah. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang di Dewan Salahuddin Al-Ayubi.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pengarah-Pengarah Komponen Kor KPA iaitu Brig Jen Abdul Hadi bin Md Sharif, Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT), Brig Jen Hj Zubir bin Mohamed, Pengarah Pendidikan dan Lt Kol Fazilah binti Hj Mohd Ali, Pengarah Perhubungan Raya.