spread
MAIN | INFORMATION | News | MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT
09
Jul
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT
Written by PR Tentera Darat   

09071701

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2017: Seramai 13 Pegawai Kanan TD telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Datin Seri Zaleha binti Md Yusof, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Isteri, Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin dan Isteri, serta Pengarah-pengarah Kor dan Rejimen.