spread
MAIN | INFORMATION | News | PERBARISAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN AM (KPA) KE-59
09
Jul
PERBARISAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN AM (KPA) KE-59
Written by PR Tentera Darat   

09071702

KUALA LUMPUR, 6 Jul 17: Pengarah Rekod dan Pencen merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Am telah menerima tabik hormat pada acara Perbarisan Hari Ulang Tahun KPA ke-59 yang diadakan di Padang Kawad Rejimen 515 AW, Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur.

Penglibatan perbarisan adalah seramai 21 pegawai dan 222 anggota lain-lain pangkat dan diketuai oleh Lt Kol Muhsin bin Hj Harun daripada Komponen Gaji, Kor Perkhidmatan Am. Majlis jamuan ringan sempena perbarisan ini telah diadakan di Dewan Kompleks Setia Wira. Antara rancangan aktiviti sempena sambutan tahun ini akan turut diadakan Majlis Makan Malam Rejimental Pegawai dan PTTK, Majlis Makan Malam PTTR, Golf dan Bowling Komponen.

Turut hadir adalah Pengarah-Pengarah Komponen Kor Perkhidmatan Am. Brig Jen Abdul Hadi bin Md Sharif, Pengarah UGAT, Brig Jen Hj Zubir bin Mohamed, Pengarah Pendidikan dan Lt Kol Fazilah binti Hj Mohd Ali, Pengarah Perhubungan Raya serta 200 pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari komponen KPA sekitar Lembah Klang turut hadir semasa perbarisan tersebut.