spread
MAIN | INFORMATION | News | MAJLIS RUMAH TERBUKA PANGLIMA 8 BRIGED
09
Jul
MAJLIS RUMAH TERBUKA PANGLIMA 8 BRIGED
Written by Markas 8 Briged   

09071706

KELANTAN. 8 Julai 2017 - Markas 8 Briged telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Panglima 8 Briged Sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Majlis yang berkonsepkan santai namun penuh bermakna ini diadakan sebagai menzahirkan rasa penghargaan terhadap semua warga 8 Briged, agensi-agensi setempat dan dif-dif kehormat yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan bantuan serta kerjasama erat dengan 8 Briged.

Panglima 8 Briged; Brig Jen Nazari Abd Hadi dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yang hadir di majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pertahanan; YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin, Ahli Parlimen Ketereh; YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Ketua Polis Kelantan; DCP Datuk Hasanuddin Hassan serta wakil daripada agensi-agensi setempat.