spread
MAIN | INFORMATION | News | Perbarisan Penghargaan Asisen Panglima Bahagian Pasukan Simpanan
20
Jul
Perbarisan Penghargaan Asisen Panglima Bahagian Pasukan Simpanan
Written by PR Tentera Darat   

20071701

MENTAKAB, 17 Julai 2017: Perbarisan Perhargaan Mej Jen Dato’ Mohd Ezam bin Wan Chik, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan telah diadakan di Padang Kawad 7 Rejimen Renjer DiRaja (Mekanise) Kem Batu 5, Mentakab melibatkan 15 Pegawai dan 350 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta disaksikan lebih 200 anggota pelbagai peringkat.

Majlis penuh bersejarah ini diadakan sebagai tanda menghargai pengorbanan Mej Jen Dato' Mohd Ezam yang telah berkhidmat selama 41 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam ucapannya beliau turut berpesan kepada pegawai dan anggota yang masih berkhidmat agar terus melaksanakan tugas dengan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Turut hadir memberi penghargaan ialah Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Mohd Zaki bin Hj Mokhtar Panglima Medan Timur TD, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah Panglima 3 Divisyen dan Brig Jen Dato’ Md Din bin Haji Abu Panglima 4 Briged (Mekanise).

Oleh: PR TD