spread
MAIN | INFORMATION | News | TDM Dan USARPAC Pamer Kecekapan Dalam MFR
27
Jul
TDM Dan USARPAC Pamer Kecekapan Dalam MFR
Written by www.btdmonline.net   

31071702

JOHOR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mempamerkan mutu kecekapan yang cemerlang dalam Medical First Responder (MFR) iaitu salah satu latihan dalam Eks KERIS STRIKE Siri 21/17 yang merupakan latihan gabungan melibatkan  TDM dan United State Army Pacific Command (USARPAC) di bawah program Bilateral Training and Consultative Grup (BITACG) melibatkan 67 pegawai dan 144 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di sekitar Kluang pada 27 Jul 2017.

Latihan MFR bertujuan memberi pendedahan tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengeluarkan anggota yang tercedera di kawasan pertempuran untuk dibawa ke hospital yang mana senario yang dijalankan adalah satu pesawat Augusta A109 dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) berperanan sebagai pesawat tempur untuk melindungi dua buah HH6D Blackhawk Air Ambulance, USARPAC bagi membawa keluar seorang anggota 11 RGK yang tercedera akibat terkena serangan daripada pihak musuh ketika membuat penyusupan di kawasan operasi.

Dalam latihan tersebut, turut dipersembahkan Latihan Forward Army And Refueling Point oleh USARPAC iaitu prosedur pengisian minyak pada pesawat ketika peperangan agar dapat diaturgerak dalam masa yang singkat kepada warga TDM.

Last Updated on Monday, 31 July 2017 11:05