spread
MAIN | INFORMATION | News | Latihan Air Assault-Keris Strike Mantap
03
Aug
Latihan Air Assault-Keris Strike Mantap
Written by www.btdmonline.net   

07081701

JOHOR: Kumpulan pelaku Eks Keris Strike mempamerkan mutu kecemerlangan yang unggul semasa melaksanakan latihan air assault yang turut disaksikan oleh Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku di sekitar Sembrong pada 3 Ogos 2017.

Latihan ini melibatkan gabungan komposit yang terdiri daripada Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para),  Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para), Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD Para), Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) serta Grup Gerak Khas (GGK) bertujuan untuk menguji keupayaan pasukan yang terlibat dalam melaksanakan peranan masing-masing sebagaimana peperangan sebenar.

Objektif eksesais adalah untuk meningkatkan tahap interoperability diantara trup yang mengambil bahagian dengan menambah pengetahuan taktikal dan prosedur operasi staf diantara kedua-dua negara melalui percambahan pengetahuan selain dapat melatih prosedur postad di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

Sepanjang latihan dilaksanakan sebanyak tujuh pesawat  UH-60 Blackhawk milik USARPAC, empat pesawat Agusta dan sebuah pesawat S61A-4 Nuri telah terlibat secara langsung memainkan peranan sebagai pengangkutan, bantuan tembakan perlindungan dan Medical First Responder (MFR).

Latihan tersebut diakhiri dengan upacara penyampaian sijil dan cendera hati serta ucapan Panglima 10 Bgd Para serta ucapan timbal daripada 2-25th Aviation Regiment Battalion Commander, LTC Elizabeth A.Marin.

Turut hadir Pegawai Memerintah Rejimen 881 PUTD,  Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad dan Pegawai Kanan Tentera Darat.