spread
MAIN | INFORMATION | News | Keris Strike Melabuhkan Tirainya
19
Aug
Keris Strike Melabuhkan Tirainya
Written by Pentadbir 1   

10081707

PAHANG: Eks Keris Strike telah melabuhkan tirainya secara rasmi oleh Adjutant General, Washington National Guard, Maj Gen Bret D. Daugherty dalam Majlis Penutup Eks Keris Strike Siri 21/2017 di Padang Kawad Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja Mekanize (7 RRD Mek) pada 18 Ogos 2017.

Majlis penutup yang gemilang itu menyaksikan perbarisan yang dipimpin oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (14 RAMD Mek), Lt Kol Norazeman Zakaria, selaku ketua perbarisan kepada kontijen Tentera Darat Malaysia terdiri daripada Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (12 RAMD Mek), 14 RAMD Mek, 19 RAMD Mek, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), 11 KAD, Rejimen 505 Akar Wataniah (505 AW), Trup 10 Bgd (Para), 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), 11 Rejimen Gerak Khas (11 RGK), 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB), 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 RAJD serta USARPAC iaitu 9th Military Sealift Command (MSC), 116th Cavalry Briged Combat Team (CBCT), 2-25 Combat Aviation Battalion, Regional health Command Pasific (RHC-P), Asia Pacific C-Ied Fusion Centre (APCFC), Contracting Sustainment Briged (CSB) dan tim sokongan logistik..

Majlis seterusnya berlangsung dengan upacara penanggalan toha oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah berama-sama dengan Maj Gen Bret D. Daugherty dan kemudiannya disusuli dengan pertukaran cenderahati di antara kedua-dua negara.

Dalam ucapan Panglima USARPAC, beliau menzahirkan perasaan sukacita dan teruja kerana banyak yang telah dipelajari oleh USARPAC dalam melaksanakan eks bilateral yang berlangsung selama 12 hari bermula 7 Ogos hingga 18 Ogos 2017 melibatkan latihan Command Post Exercise (CPX) yang memberi penekanan terhadap operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dalam senario banjir manakala pelaksanaan Field Traning Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exhange (SMEE), TD memberi pendedahan terhadap pelaksanaan operasi hutan atau Motorised Infantry and Counter Insurgency Warfare (CIW) dan bagi latihan pertukaran dalam bidang kepakaran lebih memfokuskan kepada Medical First Responder (MFR), Aviation, Unmanned Aerial System (UAS), Counter Improvised Explosive Device (C-IED) dan Special Operation Force (SOF).

Turut hadir dalam perbarisan yang berprastis ini Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Zul Md Din Hj Abu, Commander of 116th CBCT, Colonel Farin D, Schwartz dan pegawai serta anggota LLP kedua-dua buah negara.

Last Updated on Saturday, 19 August 2017 11:41