spread
MAIN | INFORMATION | News | Pegawai Kanan TD Naik Pangkat
23
Aug
Pegawai Kanan TD Naik Pangkat
Written by www.btdmonline.net   

25081701

KUALA LUMPUR:  Seramai 29 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 23 Ogos 2017.

Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen didahului oleh Brig Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia (CSM) serta Brig Jen Dato’ Zainal Abidin M.Said yang menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).

Majlis diteruskan dengan tujuh pegawai kanan dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen didahului oleh Kol Hashim Aman Shah dan menjawat jawatan sebagai Panglima 30 Bgd serta tujuh pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala 11 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol manakala dua Pegawai Sukarela Askar Wataniah (AW) dinaikkan pangkat Mej serta dua pegawai sukarela AW dinaikkan pangkat Kapt.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bagi menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi serta menaikkan lagi imej TD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin.