spread
MAIN | INFORMATION | Recruitment Session | Graduation Cadet Officer
Pegawai Tentera Darat

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Untuk maklumat lanjut SILA KLIK DISINI. Tarikh tutup adalah 30 NOVEMBER 2015.


BAGAIMANA saya boleh mengetahui sesi pengambilan akan datang ?

Maklumat sesi pengambilan akan disiarkan melalui cara berikut:

  • Melanggan perkhidmatan Langganan Maklumat (Percuma) dimana anda akan dimaklumkan melalui email sekiranya terdapat sesi pengambilan baru - SILA KLIK DISINI.
  • Penyiaran melalui Portal Tentera Darat. - http://army.mod.gov.my.
  • Penyiaran melalui laman sosial rasmi Tentera Darat Malaysia: www.facebook.com/PortalTD.
  • Penyiaran melalui akhbar-akhbar tempatan di negara ini.
Last Updated on Friday, 16 December 2016 20:42