spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Istiadat Perbarisan Diraja Tauliah Pegawai Kadet Jangka Pendek Ke-74
01
Aug
Istiadat Perbarisan Diraja Tauliah Pegawai Kadet Jangka Pendek Ke-74
Ditulis oleh PR Tentera Darat   

KTD74-1KUALA LUMPUR: Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP) Ke-74 telah berlangsung pada 30 Julai 2011, di Padang Kawad Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Perbarisan dan Pengurniaan Watikah ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai penerima tabik hormat. Turut hadir mencemar duli Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Seramai 62 Pegawai Kadet telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda berpangkat Leftenan. Pemenang Pedang Kehormat Tauliah Jangka Pendek Ke-74 dimenangi oleh Pegawai Rendah Muda Ahmad Emir Ridzuan bin Ahmad Shamsuri, Penuntut Terbaik Pengajian Akademik Tauliah Jangka Pendek Ke-74 dimenangi oleh Pegawai Kadet Sarjan Suthan a/l Munusamy manakala Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan Tauliah Jangka Pendek Ke-74 dimenangi oleh Pegawai Rendah Muda Mohd Hafiz bin Nodin.

Turut hadir Sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-74 adalah Timbalan Menteri Pertahanan dan Isteri, Panglima Tentera Darat berserta isteri, Wakil perkhidmatan Laut dan Udara berserta Isteri.

KTD74-2 KTD74-3

Kemaskini pada Selasa, 02 Ogos 2011 11:26
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1