link3 mindef-2 atm-2 mab-2
tldm-2
tudm-2
stride-2
jhev-2
perhebat-2
mygov-2
KEMENTAH ATM MAB TLDM TUDM STRIDE JHEV ATM
PERHEBAT MY GOV
spread
UTAMA | MENGENAI KAMI | Kor / Rejimen | Kesihatan
Kor Kesihatan Diraja (KKD)
"KHIDMAT DIUTAMAKAN"

kkd1.  Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM.  Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera.  Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara.  Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.

2.  Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia Pertama.  Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960.  Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967.  Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988.  Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah “KHIDMAT DIUTAMAKAN”.

PERANAN DAN TUGAS

PERANAN UTAMA

3.  Memelihara kekuatan tempur anggota Angkatan Tentera Malaysia (Darat/Laut/Udara) pada masa aman dan pada masa perang dengan cara:
  • Mempertingkat dan nemelihara kesihatan anggota.

  • Mencegah penyakit.

  • Merawat anggota yang sakit dan yang cedera.

  • Pemulihan mereka  yang hilang upaya.

  • Mengadakan anggota kor yang terlatih.
PERANAN SEMASA AMAN
  • Memberi perlindungan Perubatan Dan Pergigian kepada keluarga/tanggungan anggota tentera.

  • Membantu perkhidmatan kesihatan awam.

  • Membekal dan menyediakan bekalan perubatan/pergigian.

  • Melatih anggota Kor dan juga anggota ATM.
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1